UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | Sejarah  

Sejarah Penubuhan Kolej Kediaman Kesembilan


SEJARAH KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED ZAHIRUDDIN






Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin atau lebih dikenali sebagai KK 9 terletak di jalan 16/4, Petaling Jaya, Selangor. Kolej Kediaman ini mula dibina pada 2hb. Januari 1994 sebagai menggantikan Asrama Modular yang terbakar pada tahun 1990 dan pembinaannya siap pada bulan April 1995.


Pada 1hb April 1995, kolej ini menerima penghuni pertamanya, iaitu Prof. Dr. Norizat Selat selaku Pengetua Kolej, seorang Penolong Pengurus Asrama, Puan Norhayati Aziz, dan seorang Penyelia, Encik Hanafi Hussin serta beberapa orang pekerja dapur dan pejabat. Dengan itu, pada 1 hb 1995, Kolej Kediaman ini mula beroperasi. Pada 25 hb Jun 1995 kolej ini menerima pelajar-pelajar baru yang menjalani Haluansiswa bagi sesi pengajian 1995/1996 dan sekaligus menjadi kumpulan pelajar yang pertama menjadi penghuni kolej kediaman ini. Kolej ini telah dirasmikan oleh Y.A.Bhg.Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Haji Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan.


Kolej ini pada asalnya terdiri daripada sebuah bangunan pentadbiran, sebuah rumah pengetua, 4 buah gerai, dan 6 blok penginapan mahasiswa/i. 2 blok dikhaskan untuk mahasiswa iaitu, Sri Bakawali dan Sri Kemboja, dan 4 blok bagi mahasiswi iaitu Blok Sri Worawari, Sri Cempaka, Sri Seroja dan Sri Melor. Keseluruhan blok penghuni boleh menempatkan seramai 1000 orang penghuni.


Pentadbiran kolej diterajui oleh pengetua kolej. Beliau dibantu oleh pengurus asrama yang menguruskan perjalanan pentadbiran kolej yang melibatkan kakitangan pejabat Am dan pekerja dapur serta menguruskan pembelian peralatan kolej. Disamping itu, pengetua kolej juga dibantu oleh beberapa orang penyelia yang menguruskan hal ehwal dan aktiviti pelajar.


Kini Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin telah pun berusia 14 tahun. Walaupun baru setahun jagung, kolej ini mampu menandingi kolej-kolej lain dari segi kecemerlangannya dalam bidang akademik, sukan, dan kesenian.

CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2014 University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my